Friday, October 14, 2011

:: Cara memakai korset Premium Beautiful ::

Posted by ~warhans~ at 12:00 PM
Ramai merungut bila hendak memakai korset. Ye la kan.. Selalunya korset yang dipakai semestinya ketat dan tidak selesa. Bagi saya pertama kali memakai korset Premium Beautiful ni mmg berpeluh2 la jgk. Mmg mengambil masa yang agak panjang. Sampai setengah jam la. Tapi bila dah lama kelamaan pakai dah mudah sahaja. Tak sampai 5 minit selesai. Bak kata peribahasa Melayu 'alah bisa tegal biasa.' Sebenarnya ada cara untuk menyenangkan pemakaian PB ni. Di sini saya tunjukkan caranya. Bagi saya, saya akan mulakan dengan memakai long girdle kemudian long bra dan diakhiri dengan waist nipper. Tapi bagi mereka yang nk 'conceive' boleh lah pakai long girdle kemudian waist nipper dan akhir sekali baru pakai long bra.


Cara memakai long girdle

1. Lipatkan bahagian pinggang dan kaki seluar dalam ke luar
2. Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa hingga ke pinggul. Kemudian buka semula lipatan untuk menutup perut
3. Masukkan sebelah tangan hingga ke bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas. Sebelah lagi tangan boleh mengurut lemak dari luar.
4. Perbetulkan kedudukannya agar selesa dan pastikan tanda rama-rama berada di bahagian tengah


Cara memakai long bra

1. Tundukkan badan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua bahagian payudara masuk cantik ke dalam cup bra)
2. Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
3. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
4. Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
5. Betulkan kedudukan bra


Cara memakai waist nipper

1. Letakkan tanda rama-rama diamond terletak di tengah dada
2. Lekatkan kesemua cangkuk(patut berada di tulang rusuk kiri badan)
3. Betulkan kedudukannya
4. Tarik tali pelaras
5. Tahan nafas dan cangkukkan ke depan
6. Pastikan ianya selesa


:: Wanna be-a-new-u, please don't hesitate to contact me at warhans@yahoo.com ::

0 comments:

Post a Comment

 

:: Jom Chantiques with Premium Beautiful :: Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting